January 21, 2011

Jika..... Maka

bismillah walhamdulillah.
Entry pertama Tahun Baru
Peringatan diri buatku ~

Jika engkau berkehendak IKHLAS hatimu pada ibadat,
Maka minta tolong olehmu akan drimu dengan membaca surah Al-Ikhlas.

Jika engkau berkehendak ringan daripada dosamu,
Maka Istigfar olehmu berkekalan nescaya sedikit dosamu.

Jika engkau berkehendak bahawa dikasihan Allah akan dikau,
Maka engkau KASIHANI dirimu dan kasihani akan segala makhluk Allah.

Jika engkau berkehendak bahawa dimustajab Allah akan doa,
Maka jauhkan olehmu apa yang HARAM

**petikan dari buku Wasiat Abrar Peringatan Akhyar
oleh Syeikh Daud Al-Fatani
saye suka buku Indon (^^~/)


No comments:

Post a Comment