December 18, 2010

kasihmu abadi ::: Selamat Ari Lahir Abah >>>>>>>

abahku..seorang insan biasa.bukan seorang ustaz dan bukan pula berjawatan tinggi.seorang 'forest' atau pengawas hutan dan selalu ke hutan simpan bersama pegawai lain untuk membuat pembahagian sempadan-sempadan spt di Lojing.adalanya seminggu atau 2 minggu meninggalkan umah..terasa sunyi semasa ketiadaannya.aku jadi penakut pun ada~tinggal bersama ibu dan adik2 dirumah..

Abah menjadikan ibuku seorang yg berani,cekal, menjaga anak anak.Ibuku juga yg memberi makan lembu2 abah,menambatnya,memberi minum dll.Ketiaadaannya sungguh terasa.sampaikan kami adik beradik pukul 10 mlm dah masuk tido..
sunyi..huhuhu.pabila abah balik,semuanya menyambutnya di dpn pintu rumah.tersenyum bahagia~~itu 5tahun dulu...


Skrang abahku telah pencen.hanya berada di rumah.Rutin hariannya: Pagi : pergi ke bendang mencerut rumput.Tengah hari :menolong mengajar al quran anak2 jiran  Petang:buat pagar,menggali lubang,mesin rumput dll.dan yang pastinya abahku xbetah goyang kaki di rumah..Malam ; pergi mengaji quran dengan ustaz atau berada di rumah bersama anak anak dan cucu.

10 tahun dulu
abah mengajarku al quran pada setiap malam.menakutkan.apa idaknya rotan disisi.sampaikan aku selalu menangis.dan ibuku selalu memujukku :: tengok huruf elok-elok barulah xsalah.abah pun xmarah..huhuhu
alhamdulillah,kecik2 pun dah khatam quran.seingatku darjah 3 aku dah khatam ~syukur yaAllah
Sejak dari situ aku selalu masuk pertandingan musabaqah quran.pergi ke sekolah lain.lawan peringkat zon~~em..seronok rasanya.terima kaseh abah abah atas didikan ::::::::

UPSR 2002
Abes UPSR,seronok menunggu panggilan MRSM.suatu hari,abahku kata hendak menghantarku ke sekolah agama.huhuhu.Sedih jgk.kawan2 suma nk pegi sekolah sains.tapi ikut ja abah.pergi ambik borang Maahad Muhammadi Perempuan.pergi temuduga..alhamdulillah dapat.abah sangat gembira ::::: cuma aku xder perasaan lagi...huhuhu

Daftar sekolah baru,duk asrama,kawan-kawan  baru.Belajar bahasa arab yg xpernah aku kenal dan pelajari. terkial-kial jgk tuk memahami.agaklah geram budak-budak luar kelantan pandai pandai bahasa arab.tengok2 diorang dah belajar dah dulu.patutlah~~

Balik umah.cuti wiikends.terkejut melihat surat tawaran sekolah sains.huhu.tp abah xgitau aku.tgk2 tarikh daftar pun dah lepas :::: agak la sedihnya.....Abah kata sekolah agama itu lebih baik.dapat belajar feqah,hadis,bahasa arab.dan 1 benda yg aku mash ingat abah kate : abe-abe n kakak kakak sume sekolah arab,pandai cakap arab, kakak xnak pandai cakap arab?alhamdulillah.ku redha.hari demi hari.ku belajar untuk menerima.Abah cuba memberikan pendidikan agama pada anaknya :: mane mungkin membiarkan anak-anaknya jahil agama~~terima kaseh abah

PMR 2005
alhamdulillah.seteruk mane resultku.ku bersyukur padanya.segala kesilapan itu kembali kepada diriku.banyak hikmah yg ku dapati ::betollah,setiap kegagalan itu menjadikan kita lebih cekal dan kegagalan itu merupakan langkah awal kejayaan kita :::: terima kasih abah diatas nasihat dan sokonganmu dikala semua org menyatakan ketidak puasan atas resultku.maafkan ku kerna tidak mampu menjadikan impianmu menjadi nyata.ingin melihat anakmu menjd doktor islam.enngineer islam :::::pertama kali ku menghancurkan harapan abahku ::::
sedihnya ya Allah pada saat itu >>>>>> maafkan anakmu abah ~

SMU 2006
aku bangkit.resultku alhamdulillah 6Agregat pangkat 1.gembira hati ini untuk menunjukkan resultku padamu abah.terima kaseh abah kerna menyokongku dan menggosok kepalaku serta paling tidak pernah ku lupa kau menyatakan syabas kpdku.keranamu ku kuat walaupun kedengaran kata kata yg melunturkan semangatku ^___^

SPM 2007
alhamdulillah.ku bersyukur padamu yaAllah ::::: kali ke 2 melihat abah dan ibu ku gembira sekali melihat resultku :: terima kaseh abah  atas segala sokongan dan kepercayaanmu kepadaku :::::

UIA 2010
alhamdulillah.aku kini sudah berada di menara gading.sedih jgak hati ini pabila memikirkan impian abahku yg tidak mampu ku tunaikan.moga2 adikku yg bongsu mampu merealisasikan.Abahku tidak pernah memaksa anak2 mengikut kehendaknya.pilihan ats diri kami adikberadik.mengikut kemampuan kami~

aku berjanji pd diriku untuk belajar bersungguh2,berusaha untuk menjd anak yg solehah,taat pd perintah Tuhan dan akan terus berjuang untuk menegakkan  syiarnya di ats muka ini.ini janjiku.yaAllah mudahkanlah ::::

abah,
terima kasih ats segalanya..
di atas keringat mu membanting tulang..
di atas segala pengorbananmu...
tuk membesarkan kami...
menyekolahkan kami..
mendidik kami...
memberi didikan agama yg amat sempurna kpd kami...

abah,
terima kaseh atas sokonganmu..
dikala semua org memandang sepi 
bidang dan impianku..

abah,
tiada apa yg layak ku hadiahkan kpdmu..
selain mghadiahkan kejayaanku kpdmu..
mendoakan agar Allah ampuni segala dosamu..
dan moga Allah mengurniakanmu Firdaus Al-A'laa..

sayang abah.dulu.kini.dan selamanya..
Selamat Ari Lahir Abah yg ke 58 tahun [18 Disember 1952]

Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintahMu".amin~

No comments:

Post a Comment