October 15, 2011

Nikmat apakah yang kamu dustakan ???

assalamua'lykum..
salam ceria seisi dunia..
alhamdulillah..segala puji bagi Tuhan diatas segala peluang dan ruang yang diberikan .

alhamdulillah,telah 5 minggu sem baru dibuka.
hidup sebagai seorang mahasiswi yang tidak penah terlepas segala ujian dan mehnah..
kekadang semput,kekadang lapang..
itulah dunia,tempat untuk menguji dan diuji dan tempat untuk menanam segala kebaikan..
kerana itulah syurga diciptakan tempat untuk bersenang lenang.

kata Allah :
… orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa. (QS Al-Nahl, 16: 30)

dan berkata pula sarjana Islam :
" kekadang maqam orang yang bersyukur ini lebih tinggi dari maqam orang bersabar "

ini kerana orang yang ditimpa masalah dan ujian pada saat itu dia akan senang untuk kembali dan mengingati Allah dan berkata pada diri ' bersabolah ' walhal orang yang diberi nikmat ini susah untuk mengingati Allah disaat dihamparkan kesenangan tetapi bagi yang mengingati Allah pada saat itulah sangat tinggi darjatnya disisiNYA..

kata Allah :



فَاذْكُرُوْنِيْ أَذْكُرْكُمْ وَ اشْكُرُوْا لِيْ وَلاَ تَكْفُرُوْن
Maka ingatlah kepadaKu , niscaya Aku akan ingat pula kepadamu ; dan bersyukurlah!! kepadaKu dan janganlah Kamu menjadi kufur."

sama sama koreksi diri ,,
Nikmat Apakah yang kamu dustakan ???
segala-gala kembali kepadanya 
Allahurabbi ~~





1 comment:

  1. Semoga terus tabah di dalam medan perjuangan. Sesungguhnya berjuang dalam menuntut ilmu itu, jalannya tidak pernah sunyi dari sebarang cubaan dan ujian. Tiada istilah rehat di dunia, hanya d akhirat sahaja untuk seorang pejuang itu merehatkan diri:)

    ReplyDelete