January 11, 2010

..pesan Allah!~


Salam mahabbah ^...^

Allah Taala berfirman (Di dalam Hadis Qudsi)

"Wahai anak Adam, kematian engkau itu akan membuka segala rahsia-rahsia engkau. Peristiwa kiamat itu akan memberitakan (melaporkan) berita-berita mengenai aqidah dan amalan engkau. Seksaan itu akan membongkar kedaifan engkau...maka:

  Apabila engkau melakukan sesuatu dosa, maka janganlah engkau memandang kepada kecilnya, tetapi pandanglah kepada siapa (Tuhan) yang engkau durhakakan.

 Apabila engkau direzkikan suatu rezki yang sedikit, maka janganlah engkau memandang kepada sedikitnya, akan tetapi pandanglah kepada siapa (Tuhan) yang memberi rezki kepada engkau.

Janganlah engkau memandang kecil akan dosa yang kecil, kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui suatu dosa di mana engkau terlibat dengan maksiat.

  Janganlah engkau merasa aman dari cubaanKu, kerana sesungguhnya cubaanKu adalah lebih tersembunyi ke atas engkau melebihi rangkakan semut di atas batu licin di malam yang gelap pekat."
subhanaAllah.Maha Suci Tuhan tiada Sekutu bagiNya.YaAllah.jadikanlah kami ini hamba yang selalu takut akan azabMU.yang bersifat qanaah di atas segala yang telah Engkau berikan.!
SELAMAT MENJALANI HARI BARU.:AYUH BANGUN DGN AZAM BARU!
MOGA DIBERIKAN SEGALA KEBAIKAN DAN BERTAMBAH SEGALA AMALAN..=)

No comments:

Post a Comment